Hidup adalah IMPIAN

Wednesday, November 8, 2017

Ramai yang tidak tahu bahawa sifat isteri sangat berperanan penting dalam membuatkan seseorang suami bertambah rezekinya. Mungkin rezeki itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat melalui kesihatan yang baik, kehadiran cahaya mata, rumahtangga yang bahagia dan sebagainya.
Jadi, bagaimana sifat isteri yang menjadi penambah rezeki kepada suami itu?

#1 – Baik Agamanya

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung.”Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Setiap pemuda yang mahu berkahwin sering diingatkan dengan hadis ini, nikahilah wanita yang beragama. Ini kerana wanita yang tahu akan agama pasti jelas akan apa yang perlu dilakukan dan apa perkara yang wajib dijauhi.
Sangat beruntung sesiapa yang menikahi wanita yang beragama dan mengamalkan agamanya. Dengan solehahnya para isteri, pasti akan bertambahnya rezeki kepada para suami.

#2 – Sentiasa Tawakal Kepada Allah

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”Surah at-Thalaq:3
Allah akan mencukup dan menambahkan rezeki kepada sesiapa sahaja dari golongan hambanya yang bertawakal.
Oleh itu, sekiranya seorang isteri bertawakal kepada Allah s.w.t walaupun dia hanya seorang suri rumah, rezeki untuknya tetap ada iaitu melalui suaminya.

#3 – Sentiasa Bersyukur

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”Surah Ibrahim:7
Isteri yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Allah s.w.t adalah pengundang rezeki tambahan kepada suami dan keluarganya. Isteri yang bersyukur adalah sentiasa berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
Bahkan sentiasa berterima kasih dengan apa yang diperoleh. Apabila mendapat hadiah dari suaminya dia mengucapkan terima kasih. Apabila suaminya membawa pulang barangan dapur dia bersyukur bahkan kebaikan suaminya juga membuatkan dia sentiasa berterima kasih kepada Allah s.w.t.

#4 – Taat Akan Suaminya

Wajib kepada seorang isteri untuk mentaati suaminya kerana syurga bagi setiap isteri adalah pada suaminya.
Isteri yang taat juga mendorong bertambhanya rezeki kepada suami dan keluarganya kerana rumahtangga yang aman dan damai menjadikan setiap proses hidup berjalan lancar dan bahagia.

#5 – Takutkan Allah Dan Bertaqwa

Janji Allah, sesiapa saja yang hamba-Nya bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari-Nya. Bahkan akan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka. Firman Allah
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”Surah at-Thalaq:2-3

#6 – Mendoakan Suaminya

Isteri yang baik dan solehah pasti akan mendoakan suaminya. Dan berkat doa itulah yang membantu menambahkan rezeki suaminya.
Begitulah rezeki yang merupakan pemberian dari Allah s.w.t, lalu berdoa dan berharaplah hanya pada-Nya. Doakan suami agar sentiasa dimurahkan rezeki dan yakinlah doa dari seorang isteri solehah untuk suaminya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan.”Surah Ghafir:60

#7 – Gemar Bersedekah

Sedekah adalah perbuatan yang akan menambah rezeki oleh Allah s.w.t. Sebagaimana disebutkan dalam surah al-Baqarah, akan dilipatgandakan Allah sebanyak 700 kali ganda.
Bahkan hingga banyaknya yang dikehendaki Allah s.w.t. Jadi isteri yang gemar bersedekah akan bertambahlah rezeki kepada suaminya pula.
Alangkah lebih indah jika wang yang diberikan oleh suaminya itu pula disedekahkan. Pasti setiap pekerjaan suaminya berjalan lancar dan turunnya rezeki yang bertambah-tambah.

#8 – Banyak Beristighfar

Istighfar adalah punca kepada datangnya rezeki. Tidak kiralah sesiapa saja, jika dia banyak beristigfar Allah akan menurunkan rezeki kepadanya.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu.”Surah Nuh:10-12

#9 – Menjaga Silaturahim

Seorang isteri yang sentiasa menjaga silaturahim sam ada keluarganya, ataupun rakan-rakannya mahupun keluarga atau rakan suaminya, sangat membantu dalam membanyakkan rezeki suaminya. Ini kerana sesiapa yang memutuskan silaturahim sebenarnya telah menyekat rezeki Allah s.w.t.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturahim.”Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

#10 – Melazimi Dhuha

Solat sunat Dhuha merupakan solat penambah rezeki. Sekiranya seorang isteri mendirikan solat ini setiap hari sudah pasti dapat menambah keberkatan rezeki untuk suaminya. Allah s.w.t berfirman;
“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”Hadis Riwayat Ahmad
Oleh itu, setiap isteri mestilah menanam azam untuk menjadi pembantu suami yang paling setia, iaitu dengan menjadi isteri yang dapat menambah rezeki dan keberkatan rezeki itu.
Jangan pula menjadi isteri yang membebankan suami. Sesungguhnya keredaan Allah juga terdapat dalam keredaan suami.

Tuesday, October 18, 2016


Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Khasiat Ayat Ini

1. Penawar bias
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan, bisa batu meroyan.
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Nota:

Ayat ini boleh juga diamalkan setiap kali selesai solat. 
Penghidap gastrik tidak akan kena gastrik selagi mengamalkan ayat ini. 
Begitu jgk utk penyakit2 yg lain.

Tatacara:

1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

**Bismilllah 5 sungguh mujarab untuk dijadikan penawar
Ayat ini blh dibaca 19 kali dan tiup pd air..
Slps membaca Al Fatihah, Ayatul kursi dan selawat..baca ayat ini 19x dan tiup pd air..boleh dijadikan penawar, pelembut hati dan penerang hati.. insyaAllah.

Friday, January 29, 2016

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)

Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.
Dah lama sebenarnya rasa nak share.

Sejak 4 bulan lepas lagi.
Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.
Macam-macam.
Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.
Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan?
Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je.
Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist.
Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.
Gitu.
Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.
So kita skip cerita tu.
Boleh naa?
Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.
Terutama anak-anak yang umur 0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan.
Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.
1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.
2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"
Gitu.
Takut aku.
Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T
3) Stimulate their imitation skills.



Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.
Gitu.
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T
Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.
Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D
4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.



Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.
Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-
5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"
Camtu.
Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.
6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.
Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-
Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest.


Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"
Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.
Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.
Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas.
Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..
From Norazilaasiah Wahab's status.
Kredit dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis asal artikel :

Ni ayat2 asas ja... boleh la nak praktis2 ngan kengkawan or boifren/girlfren anda

  • Aap ka nam kya hai : Apa nama kamu?
  • Meri nam Suri Yanti Izz hai : Nama saya Suri Yanti Izz. 
  • Tum kaise ho? : Awak apa khabar?
  • Mein atchi hu : Saya baik (perempuan).
  • Mein atcha hu : Saya baik (lelaki).
  • kiya karti hai : Buat apa tu? 
  • Tum kiya hua : Kenapa dengan kamu?
  • Kuch nahi : Tak ada apa-apa.
  • Aap kaha se aie ho? : Dari mana awak datang?
  • Mein Perak se aie ho : Saya datang dari Perak.
  • Mein tumse pyar karti hoon : Aku cinta padamu (perempuan cakap).
  • Mein tumse pyar karta hoon : Aku cinta padamu (lelaki cakap).
  • Mein nafrat karti hoon : Saya benci kamu.
  • Mein tumse yaad hai : Saya ingat kamu / saya rindu kamu.
  • Kya aap ko Angrazi aati hay? : Adakah kamu faham bahasa inggeris?
  • Haan, Zaror : Ya, sudah tentu.



Asas
  • Larka : Budak lelaki
  • Larki : Budak perempuan
  • Logo : Orang
  • Gaun wala : Orang kampung
  • Admi : Lelaki dewasa
  • Aurat : Wanita
  • Bahen : kakak
  • Meri bahen hai : Kakak saya (perempuan cakap)
  • Mera bahen hai : Kakak saya (lelaki cakap)
  • Mera beti : Anak perempuan saya.
  • Mera beta : Anak lelaki saya.
  • Bhai : Abang
  • Nehi : Tidak
  • Khubsurat : Cantik
  • Pyar : Cinta
  • Pagal : Gila
  • Yaar : Sahabat
  • Dosti : Teman
  • Hum : Aku
  • Tum : Kamu
  • Suno : Dengar
  • Chup : Diam
  • Dil : Hati
  • Bas : Cukup
  • Sapna : Mimpi
  • Soja / sona : Tidur
  • Ji Haa : Ye, betul
  • Kya : Apa? 
  • Kya hua : Kenapa?
  • Khesei : Bagaimana?
  • Zaror : Sudah tentu.









Monday, October 6, 2014


7 Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri
Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini memaparkan 7 langkah utama atau cara-cara bagaimana anda dapat membina atau meningkatkan tahap keyakinan diri anda.

1. Bina Prinsip 
Hidup yang Mantap
Antara prinsip-prinsip hidup yang boleh anda pegang adalah:  
  • "Saya yakin saya boleh!"
  • "Dapat mencapainya kerana kemahuan tahap gaban."
  • "Yakin kerana cemerlang persiapan!"
Prinsip-prinsip atau moto-moto tersebut kesemuanya bertujuan  untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri anda agar anda menjadi lebih berani menghadapi cabaran-cabaran hidup dalam mencapai kejayaan. Lebih mantap prinsip atau moto hidup yang anda pegangi, lebih yakinlah anda melangsungkan kehidupan anda. 

Oleh itu, binalah prinsip-prinsip hidup yang positif lagi mantap untuk menyuburkan keyakinan diri anda agar anda akan lebih berjaya dalam kehidupan anda.




2. Tetapkan Matlamat Hidup Anda
Matlamat-matlamat adalah antara sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju dan peningkatan keyakinan diri seseorang. Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup adalah seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan kehidupannya.

Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup anda sejelas yang mungkin agar anda akan dapat meniti kehidupan anda dengan lebih baik dan teratur. Dengan mempunyai hala tuju serta matlamat hidup yang jelas anda akan menjadi lebih fokus, lebih yakin dan lebih berjaya dalam mencapai kejayaan kehidupan anda - dunia serta akhirat.


3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat Anda
Mempunyai matlamat-matlamat yang jelas memang amat penting untuk memperteguhkan keyakinan diri. Namun, tanpa perancangan atau pelan tindakan untuk mencapai kejayaan, sesuatu matlamat hanya akan menjadi angan-angan. Dengan mempunyai pelan tindakan dan persiapan jitu iaitu memikir, merancang dan melaksanakan bagaimana dan bila setiap matlamat anda mesti dicapai, keyakinan diri anda akan menjadi lebih mantap dan ini akan membolehkan anda mencapai matlamat-matlamat yang anda telah tetapkan dengan lebih cemerlang serta  lebih awal. 




4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu Pengetahuan Anda
Ilmu pengetahuan adalah antara sumber-sumber utama kepada pembangunan diri seseorang.  Semakin tinggi atau semakin banyak ilmu pengetahuan yang seseorang miliki, bukan sahaja akan semakin tinggi nilai seseorang itu tetapi juga akan dengan sendirinya meningkatkan keyakinan dirinya. Jika anda mempunyai tahap imu pengetahuan yang tinggi tentang selok-belok pekerjaan anda, sudah pastilah anda akan bertambah yakin diri serta lebih kompeten melaksanakan tugas-tugas anda. 

Oleh itu, dengan sentiasa meningkatkan tahap ilmu pengetahuan khususnya dalam perkara-perkara yang anda perlu ketahui atau kuasai, anda dengan sendirinya melakukan sesuatu yang mengarah kepada peningkatan keyakinan atau kemampuan diri anda. Membaca buku-buku, menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar, bercambah idea-idea dengan rakan-rakan serta membuat lawatan ke tempat-tempat menarik untuk meningkatkan pengetahuan tentang tempat itu adalah antara langkah-langkah cemerlang yang anda boleh lakukan untuk memperkayakan ilmu pengetahuan anda.



5. Sentiasa Tingkatkan Kemahiran-Kemahiran Anda

Kemahiran-kemahiran adalah juga antara sumber-sumber utama kepada  pembangunan diri seseorang. Semakin tinggi atau banyak kemahiran yang anda miliki, semakin meningkatlah keyakinan diri anda. Seseorang yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi sudah pasti akan kurang, malah mungkin tidak yakin atau tidak mampu melaksanakan dengan cemerlang sesuatu tugas yang dimanahkan kepadanya. Tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang pengucapan awam misalnya adalah salah satu sebab mengapa seseorang tidak yakin berucap di hadapan audiens. Antara cara berkesan yang perlu dilakukan untuk mengatasi ketidakyakinan sebegini ialah dengan mempelajari secara serius setiap aspek pengucapan awam sehinggalah kemahiran pengucapan awam itu menjadi sebati dalam diri kita. 


6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri Anda
Kesihatan diri amat mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Jika kesihatan diri kita kurang baik, badan kita akan menjadi lemah;  fikiran juga akan turut menjadi kusut. Ini akan menjejaskan keyakinan diri kita. Jika kesihatan diri kita baik, badan akan menjadi lebih cergas manakala minda kita pula menjadi lebih cerdas; kita akan menjadi lebih bermaya dan keyakinan diri akan meningkat. 

Oleh itu, usaha menjaga dan memastikan tahap kesihatan diri kita agar sentiasa dalam keadaan cemerlang adalah seiring dengan usaha memantapkan keyakinan diri sendiri.  Membina tabiat berfikiran positif, menjaga kualiti pemakanan, tidur secukupnya / rehat (7-9) jam sehari serta mengamalkan pergerakan fizikal / senaman setiap hari (5 minit - 2 Jam) serta mendapat rawatan yang sewajarnya dari pakar-pakar perubatan apabila diperlukan adalah antara perkara-perkara yang harus kita amalkan untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri kita sentiasa dalam keadaan terbaik. 


7. Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri Anda
Apa pun juga keadaan fizikal diri anda, jika anda sentiasa bersyukur dan berfikiran positif serta menjaga penampilan diri dari dalaman serta pada luaran, anda akan tetap merasa diri anda amat bernilai. Dengan sentiasa bersyukur dan berfikiran positif, anda akan lebih menghargai dan menyayangi diri anda serta juga orang lain. Dan, sudah pastilah juga anda akan lebih yakin diri jika anda dapat membina dan menampilkan imej terbaik diri anda. Menjaga dan mencemerlangkan ketrampilan diri anda bererti juga anda menjaga kesihatan, kebersihan dan kekemasan diri, menjaga kebersihan dan kekemasan tempat kerja anda, rumah anda, kenderaan anda dan sebagainya. 

Kesimpulan
Keyakinan diri adalah berpaksi dalam diri anda. Anda perlu  menjananya. Ia perlu disuburkan. Anda perlu yakin pada diri sendiri dahulu sebelum mendapat keyakinan orang lain terhadap diri anda. Anda mestilah menanamkan kualiti-kualiti yang hebat pada diri anda. 

Ketujuh-tujuh langkah  yang  kita bincangkan di atas itu insya-Allah boleh membantu melonjakkan keyakinan diri anda. Ingatlah bahawa anda adalah peneraju kejayaan diri anda sendiri. Kalau anda fikir anda boleh, anda memang sebenarnya BOLEH! Keyakinan yang meningkat pada diri anda akan membuatkan anda lebih berkebolehan untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kejayaan anda

Sumber :http://www.ugmc.bizland.com