Monday, December 23, 2013

10 Senaman Mudah Tanpa Alat Sukan


Makin gemuk? Memang lah. Rata-rata yang berbadan supermodel dan juga kurus hensem selalunya akan naik

badan sekelip mata selalunya selepas tamat belajar/ mula ke alam kerja. Sini ada 10 cara mudah untuk 

bersenam di rumah, untuk kekal cergas, fit dan cantik.

1. Berjalan

Jika cuaca elok, berjalan di sekitar rumah sambil lihat pemandangan sekeliling memang menyeronokkan. Jika 

cuaca tidak mengizinkan, cuba berjalan naik turun tangga beberapa kali (pada masa sama boleh angkat turun 

barang lagi). Ini boleh menguatkan kaki dan lutut. Jika tiada tangga? Berjalan sahaja keliling dalam rumah, 

walaupun kurang seronok, tetapi masih berkesan.

2. Jumping jack/ lompat bintang


Ini paling seronok, boleh ingat kembali memori zaman kanak-kanak. Lagipun siapa yang tidak pernah main 

lompat bintang kan? Jangan pelik, jumping jack adalah salah satu senaman kardio yang hebat, juga boleh jadi 

warm up juga.

3. Pushup/ pumping


Senaman paling tidak disukai kan? Walaupun nampak susah, tetapi pushup boleh juga dilakukan dengan cara 

mudah. Tidak perlu cuba jadi macam atlet siap pushup guna sebelah tangan, buat sebagaimana yang anda 

mampu. Buat dengan lutut, berbanding luruskan kaki. Buat menegak menghadap dinding. Sesuai untuk 

meningkatkan kekuatan tangan, juga menguatkan bahagian sekitar dada.


4. Leg lifts/ apungan kaki


Kuatkan kaki. Jika rasa susah untuk apungkan kaki, bengkokkan kaki sedikit.


5. Crunches/ tekan tubi


Untuk kekuatan abdomen/ perut. Tidak perlu risau jika kepala tidak dapat naik habis, asalkan dapat naik/bangun 

dan anda dapat rasa tekanan pada bahagian perut, ini dah cukup bagus.


6. Jogging in place/ joging setempat


Hebat untuk jantung. Boleh joging semasa menonton tv ataupun mendengar muzik. Jika ada pun alatan yang 

perlu, hanyalah sepasang kasut untuk mengelakkan kaki melecet/ tekanan pada kaki.


7. Squats

Berkesan untuk kaki dan punggung. Jika rasa susah, juga boleh dilakukan dengan memegang hujung kerusi. 

Asalkan boleh buat berulang beberapa kali, dah cukup bagus untuk badan.


8. Angkat Berat 


Tidak perlu pergi kedai beli alat sukan mahal beli besi angkat berat mahupun dumbel. Guna sahaja apa-apa 

yang ada di rumah. Mulakan mengangkat barang-barang ringan, seperti setin air pepsi, sebelum pergi kepada 

barang yang lebih berat, sebekas (ada pemegang) pencuci lantai cecair saiz besar. 


9. Menari 

Senaman yang menyeronokkan. Bahkan boleh meningkatkan emosi/ semangat juga. 


10. Step exercises/ Berjalan setempat 

Senaman naik turun satu anak tangga. Boleh kuatkan otot kaki. Pastikan jangan tergelincir semasa melakukan 

senanam ini. Jika rasa kurang seronok, buatlah apa-apa gaya aerobik juga, asalkan naik turun terjadi.


SUMBER


0 comments:

Post a Comment