Tuesday, July 26, 2011



Hatiku hatimu

Menjadi satu cinta

Ku rasa hadirmu

Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir


Chorus

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama

Nanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir

Ulang Chorus
Mungkin kita bersamaNanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu


Ulang Chorus
Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya

Wednesday, May 4, 2011

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.


3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!



4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.




6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.



7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.




**sumber ::blogcelikwang

Wednesday, March 23, 2011

Hahahaha...korang semua ada masalah ni tak??? ni la masalah yg sering aku hadapi...tak kisah la kerja ape pun...kerja opis ker..kerja umah ker....ader je yg tak selesai....tp kalu kerja opis...aku selesaikan juga walau mcm mn susah skalipun...Jom kita tgk ape faktor2 yg nyebabkan kerja tak pernah selesai ni...

1. TERLALU BYK GANGGUAN
berdasarkan kajian yg telah dibuat, antara gangguan yg sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yg tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya...(yg ni mmg aku selalu hadapi waktu ngan company lama dulu)..kalu kt umah plak camner??...hahhahah..apa lg...facebook n tv la punca utama kerja umah aku tak selesai....

2. TIADA KEMAHIRAN MENGURUS MASA

pekerja yg mempunyai kemahiran ini melakukan apa yg paling penting tetapi sebaliknya bg yg lemah pengurusan masanya melakukan ape yg dilihatnya senang dan menyeronokkan.

3. SUKA TANGGUH KERJA
ni satu lagi habit yg rata2 org payah nk buang.....suka tangguh kerja ke hari esok sdgkan leh setelka arini juga..biasanya org yg suka tangguh kerja ni kemungkinan besar dia khuatir hasil kerjanya tidak memuaskan hati...

4. TAK TAHU APA NK BUAT...
Menurut Clayton Warholm, seorg pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdpt 2 punca pekerja tidak mahir dlm melakukan kerja mereka. Sama ada tugasan yg diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua(taktau ape nk wat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dgn baik.

5. TERLALU BANYAK TUGASAN
Sesetgh org mempunyai terlalu byk kerja yg tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24jam sehari selama 7hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dlm mana2 organisasi yg mempunyai pekerja sedikit. Akibatnya kekecewaan akan berlaku apabila kita tidak dpt menyiapkan tugas kerana mungkin tidak dpt melakukannya.

6. RASA TAK DIHARGAI...
Sekiranya rasa diri tak dihargai atau rasa gaji tak setimpal dgn kerja yg dilakukan, dh tentulah kita tak dpt beri komitmen 100% terhadap kerjaya yg diceburi. Secara sedar atau tidak, kebykkan pekerja cuba utk menyeimbangkan antara 'memberi dan diberi' antara mereka dan majikan. mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan.

7. BURNED OUT
Burnout ialah keletihan emosi yg disebabkan oleh tekanan yg teruk ditempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yg negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dgn 'deadline' yg ketat, jangkaan dan harapan yg terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yg tidak sepadan dgn kemampuan.

8. GANJARAN BAGI TUGASAN YANG TELAH DISIAPKAN

Kita mungkin seorg yg HEBAT kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yg rajin dan bekerja keras itu dgn tambahan kerja yg lebih byk menggantikan bonus atau faedah yg lain. sekiranya perkara ini berlaku didlam organisasi korang, tak mustahil korang akan merasakan tidak terdorong utk bekerja dgn lebih keras.

Monday, March 14, 2011


BERTUKAR atau melompat kerja mungkin tidak asing kepada sesetengah individu. Mereka mempunyai pelbagai alasan untuk melakukannya seperti ingin meningkatkan kerjaya, gaji, pangkat yang tinggi, ingin lebih kebebasan dan cabaran.

Bila dikaji, budaya LOMPAT KERJA ni semakin hebat zaman skrg ni berbanding zaman2 sebelumnya. Pembangunan industri yg menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dengan lambakan jawatan, gaji, insentif, dan segala macam benefit menjadikan ramai golongan PEKERJA tidak akan 'melekat' di kedudukan dan tempat yang sama.

Tapi rata2 yg kita lihat, kebanyakannya berlumba-lumba utk meningkatkan pendapatan atau dgn istilah mudahnya...lompat kerja utk dptkan gaji yg lebih tinggi. Ada juga yg melabelkan golongan seperti ni sebagai golongan yg TIDAK TETAP PENDIRIAN dan suka memilih.

Ada juga yg lompat kerja bertujuan utk mencari kepuasan dan keselesaan dlm kerja yg berlainan.
Tambahan pula skrg ni kan ada byk website utk cari peluang pekerjaan spt Jobstreet, Jenjobs dan yg seangkatan dgnnya memudahkan lg pencari kerja mencari pekerjaan/jawatan yg sesuai dgnnya.
Kt akhbar2 pun byk iklan peluang pekerjaan....tak kurang juga ada yg suka test market nk tgk dorg laku tak dlm pasaran pekerjaan....

Pada dasarnya, perjalanan dan perkembangan kerjaya seseorang berbeza-beza. Setiap individu mempunyai prinsip tersendiri dalam menentukan perjalanan kerjaya dan bagi mereka yang ingin mendapat pencapaian terbaik akan berusaha melakukannya, termasuk melompat kerja untuk memenuhi impian itu.

Biasanya org yg selalu dok lompat kerja ni punya impian sama ada nk gaji lebih atau nk pangkat. bg golongan yg tak bersedia utk melakukan anjakan paradigma dlm hidupnya atau dikenali sebagai org yg dh selesa dgn ape yg ada, mereka akan kekal pada tempatnya tanpa sebarang peningkatan.

Ape2 pun terpulanglah pada kehendak masing2....;-)...lompat pun bagus...tak lompat pun OK...

Sunday, March 13, 2011




Surah Al-Mulk (kerajaan) yang mengandungi 30 ayat dan merupakan surah ke-67 dalam juzuk 29 adalah antara surah-surah yang menjadi zikir pilihan harian kebanyakan mukmin.

Diturunkan sesudah surah Ath-Thuur dan termasuk dalam kelompok surah-surah yang diturunkan di Mekah (Surah Makkiyah), Al-Mulk juga dinamakan dengan surah At-Tabaarak (Maha Suci).

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Monday, February 21, 2011


Surah Al Waqiah... salah satu surah yg menjadi kegemaranku utk aku membacanya selain dr surah yassin..surah ni agak panjang... tp tidak terlalu panjang bagi aku...Surah Al-Waqiah merupakan surah yang ke-56 dlm Al-Quran dan terletak dalam juzuk ke 27 iaitu selepas surah Al-Rahman dan sebelum surah Al-Hadid. Surah ini mengandungi 96 ayat . Surah ni diturunkan selepas surah Thaha. surah ni byk menceritakan perihal kiamat dan hari berbangkit.

Surah ini mula menjadi hafalanku sejak sekolah menengah lagi...setiap kali abis waktu prep, pasti aku dan kawan2 membaca surah2 yg sepatutnya sebelum tidur. antara surah yg patut dibaca adalah surah Al-Waqiah...pada mulanya agak berat utk ingat setiap ayat...tp lama2 bila dh slalu baca...ayat2 itu sentiasa dlm ingatan kita...tp itu dulu...skrg ni aku jarang baca...sbb tu payah nk ingat...kalu ingat pun sekadar 10-15 ayat pertama jer...lepas2 tu..aku dh mula keliru....

Kenapa aku suka sgt baca surah ni?...antara sbbnya...setiap ayatnya pendek2 jer...dan surah ni kalau selalu amal...kita akan terhindar dari kemiskinan ...maksudnya takkan jatuh miskin sehingga papa kedana...

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”


So..jomlah kita pakat2 baca surah Al-Waqiah setiap mlm. Nk kaya jgn hanya berharap dgn baca surah ni jer...tp kenalah usaha sungguh2 sambil tawakal pada Allah. InsyaAllah, Allah akan perkenankan permintaan hamba2nya...AMINNN.

Monday, January 31, 2011


Aku Cacat??? OH TIDAK!!!!..aku x dpt menerima kenyataan ini...
walaubagaimanapun...aku dh tergolong dlm golongan OKU...atau lebih dikenali ORANG KURANG UPAYA...

cacat yg kuhidapi ini sejak aku tingkatan 4...huhuhu..sedihnya...aku dh tak normal...
tp ape pun aku perlu redha dgn ketentuanNya....sob2...(mod sedih...;-(..)
mana tak sedihnya..aku terpaksa memakai CERMIN MATA...sbb aku dh rabun jauh...huhuhu..
kalu idak aku tak nampak la ape yg cikgu tulih kt papan hitam tu..tambah2 lagi kalu tulih kt whiteboard fuh...satu ape pun aku tak nampak..yg aku nampak pantulan cahaya lampu di whiteboard tersebut.
tambah plak dpt tpt duduk belakang...hangin tatau nk ckp, sbb aku dulu
cukup excited kalu masuk kelas math...kalu subjek sejarah...aku dok blkg2 pun takpa...cikgu bkn nk tulih sgt..dia dok pokpek2 kt dpn ja..pasang telinga ja la...kalu tulih pun..aku bolayan ja..sbb aku mmg tak minat subjek tu...;-)
Aku jadi macam ni semua sbb AKU juga...tu la...dulu gatai dok baca buku lam gelap...almaklumlah dok hostel..kul 11 lampu kena tutup dah...time tu la aku nk pulun baca buku berlatarkan cahaya lampu koridor..tp bukan buku pelajaran...tp buku cerita...


Masa praktikal waktu diploma, aku dh mula belajar pakai contact lens....fuh..payah tui masa mula2 nk pakai...tiap kali bgn pagi nk g keja...
aku kena spend masa kira2 setgh jam juga la utk letak lens tu kt biji mata aku ni...tp la ni sekejap jer...tak sampai seminit pun...aku jarang pakai lens..sbb leceh...lebih dr 8 jam..
mesti mata dh rasa kering or gatal..aku pakai lens time RAJIN shj or time nk g ape2 majlis...



Biasanya aku pakai spek utk drive or time meeting/training...jalan2 aku tak pakai
spec mata coz..aku rasa tak stabil bila jln ngan spek...ha..time aku tak pakai spek tu la...org senyum ka, org lambai ka...no respon from me..coz aku mmg tak baper nampak, bkn tak nampak langsung...cuma kabur shj...;-)
ramai dok kata aku sombong...lantak la...yg penting aku selesa...hehehhehehe...


KESIMPULANNYA...jagalah MATA anda..hargailah MATA anda..sayangilah MATA anda..jgn sampai rabun cam aku...leceh...byk benda/kerja terhalang gara2 rabun dan takmo pakai spec/lens...

Inilah doa angin ahmar yg aku nk share....harap dpt bg manfaat pada semua.
Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar,
Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.







Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar,
yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah,
sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan;

dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan.

Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka);
wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan.

Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang,
wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan.

Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan.
Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah
sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat,
wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus.
Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…
Juz nk share ngan korang pasal angin ahmar yg dh menyerang mak aku.nilah aku br betul2 faham ape itu angin ahmar.

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah
ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu,sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi.

Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok.
Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

Angin ahmar boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama:
iskemia dan pendarahan.
  • Iskemia diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau bekuan darah yang bebas (embolisme).
  • Pendarahan merupakan pendarahan di dalam otak atau di bawah membran pertengahan antara tiga membran di dalam otak.
Hampir 80% daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh iskemia.




Sejarah Doa Angin Ahmar
Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati.

Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya maka melalui Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s..Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata
siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap
masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya.

Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

nnt aku sharekan doa angin ahmar utk korang2 baca....TUNGGU YA!!!!;-)

Thursday, January 27, 2011

Hahahahhaha...ini first entry aku untuk blog terbaru tanggal 28 JANUARI 2011...blog ni adalah yg ketiga aku create..tp ini bkn utk bisnes spt blog2 sblm ni...tp saja suka2,nk citer ape yg aku rasa nk citer, nk share ape2 yg patut...bak kata omputih..."Sharing is Caring"...;-).

Walaupun aku ni org IT, tp tak penah nk explore ape2 yg menarik pasal blogger sblm ni. Inilah masanya utk aku mengEXPLORE blogger bg mengisi masa lapangku yg sblm ini kuhabiskan dgn keje2 yg kdgkala ada faedah...dan kdgkala tak berfaedah...so, aku dh nekad, tahun 2011 ni aku taknk lagi isi masa lapang aku dgn gejala2@keje2 yg tidak memberi faedah kepada diriku dan juga org2 sekeliling....;-D.

Ini saja FIRST entry aku di pagi subuh yg hening ini, coz aku tatau nk tulis ape..sbb aku ni bknlah seorg yg pandai berkarya atau dgn kata lain, pandai berCERITA spt org lain.OKlah...aku chow dulu untuk bertemu dgn KEKASIHKU....tata...titi..tutu...

P/s: Korang takyah nk klik ape2 button kt atas tu...coz..lum tul2 siap..hehhhehehe