Home » Unlabelled
Sunday, January 12, 2014
CARA MENGESAN JIN/ SIHIR / SAKA
InsyaAllah cara yang paling mudah mengesan jin di dalam badan@ jin yang mengganggu kita adalah melalui beberapa kaedah, diantaranya:
***(LAKUKAN DI RUMAH & BERTEMAN @ ADA ORANG LAIN DI DALAM RUMAH YANG MAMPU MEMBANTU ANDA SEKIRANYA KEADAAN MEMERLUKAN)
1. KAEDAH 1 (PALING BERKESAN, insyaallah)
Dengan membaca membaca:
i) Fatihah 1x
ii) Niat & berdoa minta Allah bagi petunjuk.
iii) Baca Ayatul Kursi 33x ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)
2. KAEDAH 2
Dengan membaca membaca:
i) Fatihah 1x
ii) Niat & berdoa minta Allah bagi petunjuk.
iii) Baca ( tanpa henti sehingga cukup 33 x)
iv) Ditiup seperti tiupan memakai straw ke atas kedua tapak tangan (senafas),
Pejam mata, kemudian disedut bacaan yang terdapat di dalam tapak tangan
tadi melalui hidung dengan 1 tarikan nafas & dan bayangkan udara yang
masuk tadi terus ke jantung@ menyerap keseluruh tubuh badan.
v) Tahan nafas 10 saat... & terus zikir tanpa henti.
Tanda Anda mengalami masalah jin di dalam badan melalui KAEDAH 1 @ KAEDAH 2 tadi anda akan merasa:
* Hati berdebar-debar
* Lupa bacaan.. tersasul... terhenti secara mendadak
* Anda pening, mengantuk.. rasa nak pengsan
* Rasa mual & nak muntah
* sakit perut secara tiba-tiba
* terasa pergerakan didalam badan.
* Nafas anda luar biasa (mengeluarkan nada yang berbeza)
* jari-jari anda seperti ingin mencakar sesuatu
* mendapat bayangan binatang berbisa , arwah yang telah meninggal
@ sesuatu yang pelik.
* nampak bebola kecil (putih/hitam@merah) di depan anda.
* Rasa seperti hendak bersilat. @ tangan kaki macam hendak bergerak sendiri.
* Rasa seram terlampau @ merasa ada orang memandang.
* kaki anda tidak dapat digerakkan@ diangkat.
Sekiranya ADA.. jangan takut, bersegera mengambil WUDHUK & Zikir sepanjang masa.
Seterusnya sekiranya berkemampuan Solat Istiharah & minta Allah bagi petunjuk
seterusnya melalui mimpi & minta Allah tunjukkan jalan keluar dari masalah tersebut.
sumber
0 comments:
Post a Comment