Hidup adalah IMPIAN

Sunday, March 11, 2012



Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

Jenis-Jenis Migrain

-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain

Punca penyakit / Faktor Risiko

-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ‘stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ‘serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ‘stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom

1) Migrain tanpa aura
-Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
-Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
-berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
-denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ – kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ – sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

Wednesday, March 7, 2012


Kaitan Waktu Solat dengan Warna Alam (Aura)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan… Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Tuesday, July 26, 2011



Hatiku hatimu

Menjadi satu cinta

Ku rasa hadirmu

Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir


Chorus

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama

Nanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita

Semua harus berakhir

Ulang Chorus
Mungkin kita bersamaNanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu


Ulang Chorus
Biar ku setia menjaga cintamu

Selamanya

Wednesday, May 4, 2011

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.
Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)
Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.


3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!



4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.




6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.



7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.

9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.




**sumber ::blogcelikwang

Wednesday, March 23, 2011

Hahahaha...korang semua ada masalah ni tak??? ni la masalah yg sering aku hadapi...tak kisah la kerja ape pun...kerja opis ker..kerja umah ker....ader je yg tak selesai....tp kalu kerja opis...aku selesaikan juga walau mcm mn susah skalipun...Jom kita tgk ape faktor2 yg nyebabkan kerja tak pernah selesai ni...

1. TERLALU BYK GANGGUAN
berdasarkan kajian yg telah dibuat, antara gangguan yg sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yg tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya...(yg ni mmg aku selalu hadapi waktu ngan company lama dulu)..kalu kt umah plak camner??...hahhahah..apa lg...facebook n tv la punca utama kerja umah aku tak selesai....

2. TIADA KEMAHIRAN MENGURUS MASA

pekerja yg mempunyai kemahiran ini melakukan apa yg paling penting tetapi sebaliknya bg yg lemah pengurusan masanya melakukan ape yg dilihatnya senang dan menyeronokkan.

3. SUKA TANGGUH KERJA
ni satu lagi habit yg rata2 org payah nk buang.....suka tangguh kerja ke hari esok sdgkan leh setelka arini juga..biasanya org yg suka tangguh kerja ni kemungkinan besar dia khuatir hasil kerjanya tidak memuaskan hati...

4. TAK TAHU APA NK BUAT...
Menurut Clayton Warholm, seorg pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdpt 2 punca pekerja tidak mahir dlm melakukan kerja mereka. Sama ada tugasan yg diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua(taktau ape nk wat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dgn baik.

5. TERLALU BANYAK TUGASAN
Sesetgh org mempunyai terlalu byk kerja yg tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24jam sehari selama 7hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dlm mana2 organisasi yg mempunyai pekerja sedikit. Akibatnya kekecewaan akan berlaku apabila kita tidak dpt menyiapkan tugas kerana mungkin tidak dpt melakukannya.

6. RASA TAK DIHARGAI...
Sekiranya rasa diri tak dihargai atau rasa gaji tak setimpal dgn kerja yg dilakukan, dh tentulah kita tak dpt beri komitmen 100% terhadap kerjaya yg diceburi. Secara sedar atau tidak, kebykkan pekerja cuba utk menyeimbangkan antara 'memberi dan diberi' antara mereka dan majikan. mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan.

7. BURNED OUT
Burnout ialah keletihan emosi yg disebabkan oleh tekanan yg teruk ditempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yg negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dgn 'deadline' yg ketat, jangkaan dan harapan yg terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yg tidak sepadan dgn kemampuan.

8. GANJARAN BAGI TUGASAN YANG TELAH DISIAPKAN

Kita mungkin seorg yg HEBAT kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yg rajin dan bekerja keras itu dgn tambahan kerja yg lebih byk menggantikan bonus atau faedah yg lain. sekiranya perkara ini berlaku didlam organisasi korang, tak mustahil korang akan merasakan tidak terdorong utk bekerja dgn lebih keras.

Monday, March 14, 2011


BERTUKAR atau melompat kerja mungkin tidak asing kepada sesetengah individu. Mereka mempunyai pelbagai alasan untuk melakukannya seperti ingin meningkatkan kerjaya, gaji, pangkat yang tinggi, ingin lebih kebebasan dan cabaran.

Bila dikaji, budaya LOMPAT KERJA ni semakin hebat zaman skrg ni berbanding zaman2 sebelumnya. Pembangunan industri yg menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dengan lambakan jawatan, gaji, insentif, dan segala macam benefit menjadikan ramai golongan PEKERJA tidak akan 'melekat' di kedudukan dan tempat yang sama.

Tapi rata2 yg kita lihat, kebanyakannya berlumba-lumba utk meningkatkan pendapatan atau dgn istilah mudahnya...lompat kerja utk dptkan gaji yg lebih tinggi. Ada juga yg melabelkan golongan seperti ni sebagai golongan yg TIDAK TETAP PENDIRIAN dan suka memilih.

Ada juga yg lompat kerja bertujuan utk mencari kepuasan dan keselesaan dlm kerja yg berlainan.
Tambahan pula skrg ni kan ada byk website utk cari peluang pekerjaan spt Jobstreet, Jenjobs dan yg seangkatan dgnnya memudahkan lg pencari kerja mencari pekerjaan/jawatan yg sesuai dgnnya.
Kt akhbar2 pun byk iklan peluang pekerjaan....tak kurang juga ada yg suka test market nk tgk dorg laku tak dlm pasaran pekerjaan....

Pada dasarnya, perjalanan dan perkembangan kerjaya seseorang berbeza-beza. Setiap individu mempunyai prinsip tersendiri dalam menentukan perjalanan kerjaya dan bagi mereka yang ingin mendapat pencapaian terbaik akan berusaha melakukannya, termasuk melompat kerja untuk memenuhi impian itu.

Biasanya org yg selalu dok lompat kerja ni punya impian sama ada nk gaji lebih atau nk pangkat. bg golongan yg tak bersedia utk melakukan anjakan paradigma dlm hidupnya atau dikenali sebagai org yg dh selesa dgn ape yg ada, mereka akan kekal pada tempatnya tanpa sebarang peningkatan.

Ape2 pun terpulanglah pada kehendak masing2....;-)...lompat pun bagus...tak lompat pun OK...

Sunday, March 13, 2011




Surah Al-Mulk (kerajaan) yang mengandungi 30 ayat dan merupakan surah ke-67 dalam juzuk 29 adalah antara surah-surah yang menjadi zikir pilihan harian kebanyakan mukmin.

Diturunkan sesudah surah Ath-Thuur dan termasuk dalam kelompok surah-surah yang diturunkan di Mekah (Surah Makkiyah), Al-Mulk juga dinamakan dengan surah At-Tabaarak (Maha Suci).

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."